Kerinduan itu akan terasa bila kehilangan.. kehilang itu akan sayu bila teringat, ingatan itu akan pedih bila di kenang. kenangan itu tak pernah hilang, namun ia hanya di ingat tika dia telah pergi.... pergi dan terbang tinggi..
Ayah, amat sukar melupakan, kau yang melakar hilai tawa, dan pastinya kau yang menggagah tulang mencari rezeki. kenapa ketika kau di depan mata tak akan penah di hargai? kenapa aku?
Dalam ke piluan ini, rindu itu menerjah! kesilapan harap di ampunkan, sumpah aku bangga dengan ayah! ayah yang terbaik! ayah yang paling best! ayah paling sporting! dan ayah paling kelakar... ke ralatan itu terasa tika anak2 ku kini (cucumu) lahir ke dunia tanpa mengenali mu! akan mereka pasti tak akan melupakanmu kerana aku tahu kau akan menjadi atok yang di sayangi! namamu meniti di bibir anak2 kecil itu, pasti! mereka akan merindui mu pasti! mcm mn aku kini, aku rindu kamu, ayah.....
Walaupun tlh tiada, tp aku sentiasa menceritakan perihal mu pd anak2 ku, aku harap mereka menjadi sinambungan doa ku utk mu jika suatu hr nanti aku pula tlh tiada...
itu lah takdir.
Semoga roh mu di cucuri rahmat di 'sana', Al-Fatihah...
Bismillah hirrahmannir rahim
رَبَّنَا اغْفِرْ لِي وَلِوَالِدَيَّ وَلِلْمُؤْمِنِينَ يَوْمَ يَقُومُ الْحِسَابُ
"Ya Tuhan kami, berilah keampunan kepadaku dan kedua-dua ibu bapaku dan sekalian orang-orang mukmin pada hari terjadinya hisab (hari kiamat)”
hayati kan puisi ini... :'(
"biar"
mata tua yang memandang aku itu--
bundar
pudar
dia tak mahu bilang apa yang mencengkam jiwa usangnya
“biar”
katanya, “biar”.
wahai ayahanda
berhentilah walau sebentar
dan renungkan mataku yang melaut
khabarkan yang jujur dan ujar
apa menyerabut?
wahai ayahanda
bercukuplah menggagah tulang rapuhmu
akukan lemahmu
perikan penatmu
kisahkan jerihmu
aku mahu tahu
mata tua yang bagai ada sakti dewa-dewi itu--
harum
senyum
dipukaukan aku nan terus terpana dan terlupakan
“biar”
katanya lagi, “biar”
wahai ayahanda
bisikkanlah walau sekali
izinkan aku menumpangkan bahu
berikan aku seperca dari beban kamu
wahai ayahanda
lihatkanlah aku
berlari kini
melompat tinggi
setiapnya kerna kau tak pernah pergi
ah, apa masih ingat lagi
aku suka lari-lari?
kau bagaikan tak peduli
ku biar kau patah hati
ah, apa masih tidak lupa
tengking jerit sama-sama?
makan tak mahu semeja
sahabat lebih berharga
ah, apa mampu kau sudikan
ampun maaf ku sujudkan?
bisa tidak kau teruskan
ku sesat kau tunjuk jalan?
ah, apa layak aku bagi?
tak terbalas sampai mati
kau sungguh yang paling tinggi
istanamu syurga nanti
Ayahanda beta,
kekasih beta..



0 comments:
Post a Comment